Genting Resort Secret Garden
Genting Resort Secret Garden

Genting Resort Secret Garden

Genting Resort Secret Garden merupakan pusat peranginan bertema ski yang terletak di Lebuh Wutong, Taizicheng, Hebei.[1]Resort tersebut terletak di Pergunungan Dama yang terletak di antara Gunung Taihang dan Gunung Yanshan. Suhu purata tahunan di situ ialah 3.3°C.[1]Pada 16 Disember 2012, Genting Resort Secret Garden mulai beroperasi secara rasmi. Resort tersebut dibina oleh oleh Kumpulan Berjaya dan dilaburkan serta dikendalikan oleh Kumpulan Genting Malaysia. Taman ski ini merupakan fasa pertama bagi Genting Resort Secret Garden yang merangkumi pusat ski dan Hotel Genting. Projek ini merupakan projek pertama Kumpulan Genting di China.[2]Sejak 2012, Genting Resort Secret Garden telah menjadi tempat bagi beberapa pertandingan yang diperakui oleh Persekutuan Ski Antarabangsa (FIS).[3] Pada 2014, resort tersebut telah menjadi salah satu penaja bagi Jawatankuasa Bidaan Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022.[4] Pada 2015, China berjaya membida untuk menganjurkan Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022, dan Genting Resort Secret Garden telah dipilih sebagai salah satu tempat pertandingan dalam Kluster Zhangjiakou. Zon A dan B Taman Ski Genting akan menganjurkan pertandingan ski gaya bebas dan luncur papan salji gaya bebas[5] Resort tersebut juga telah menaik taraf reka bentuk gelanggang ski agar dapat diluluskan oleh Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa.[3]Pada 17 Disember 2016, gelanggang halfpipe telah dibuka. Kemudahan sukan tersebut ialah gelanggang halfpipe bertaraf Olimpik yang pertama di China dan akan menjadi pusat latihan bagi atlet kebangsaan luncur papan salji halfpipe dan ski halfpipe.[6] Pada 2016, beberapa kemudana seperti gelanggang aerial gaya bebas dan taman pengajaran ski turut dibuka.[7]
Pada 18 Januari 2015, "Pertandingan Ski Kanak-Kanak Antarabangsa 1.18" telah diadakan di resort tersebut. [8] Pada 1 Disember 2015, Air & Style telah menjadi rakan kerjasama strategik dan ekoran daripada itu, Genting Resort Secret Garden akan menjadi "Kem Latihan Rasmi Air & Style". Pada masa yang sama, projek "Apartmen Belia" gaya LAAX telah dimulakan dan dijangka akan siap bina pada tahun 2017.[3] Pada 19 Januari 2017, lorong ski 8D Genting Resort Secret Garden dinamakan "Squaw Valley". Pada 21 Mei 2017, tempat pertandingan Sukan Olimpik Musim Sejuk 1960, Pusat Peranginan Ski Squaw Valley, California telah menamakan salah satu lorong ski mereka sebagai "Trek Salji Miyuan" Hotel Genting di Genting Resort Secret Garden mempunyai bilik tetamu, kolam renang, gim, spa dan kemudahan lain, terutamanya menyediakan perkhidmatan untuk pelancong. [9]

Rujukan

WikiPedia: Genting Resort Secret Garden http://www.chinadaily.com.cn/micro-reading/2016-11... http://news.sina.com.cn/o/2015-01-19/024031414847.... http://sports.sina.com.cn/others/winter/2015-12-02... http://sports.sina.com.cn/others/winter/2016-12-18... http://sports.sina.com.cn/outdoor/2012-12-20/09443... http://money.163.com/13/1128/17/9EPJIB3O00254TI5.h... http://news.163.com/14/0829/11/A4QGGHIR00014SEH_al... http://www.secretgardenresorts.com/ http://news.xinhuanet.com/sports/2015-03/22/c_1276... http://www.zjknews.com/lvyou/zjkjingdian/201505/21...